Monday, January 23, 2023

Yes, Yes but later, Yes but even better

Pernah tak rasa hidup kau tak menarik? Hidup kau tersekat (stuck) dalam satu fasa yang sama?

Pernah pergi taman tema? Ada banyak lampu warna-warni macam kedai toye (tomyam), lagu muzik bermain dengan kuat dan nyaring boom!boom!boom! dan ada pelbagai mainan yang kau boleh main tetapi  memerlukan token yang kau kena beli dulu kalau nak main.

Hidup aku sekarang macam roda ferris (ferris wheel). Ya benda besar beroda yang berpusing dengan perlahan. Sangat-sangat perlahan. . . Kalau aku berjalan, aku lagi laju.

Hidup aku macam. . .
Dimulakan dengan aku beratur untuk beli token, aku bayar. 
Lepas dah beli token aku beratur pula untuk naik roda ferris ini. 
Aku seorang. Ya seorang dari aku masuk taman tema sampai aku sedang menunggu giliran aku untuk naik roda ferris ini.

Kejap aku lupa. Kenapa aku kena naik roda ferris ini? Entah. 
Aku tengok orang beratur barisan panjang untuk naik, aku pun nak juga. 
Aku curi dengar dari orang yang dah naik, dia kata pemandangan dari atas lawa. 
Boleh nampak seluruh bandar. Lagi-lagi waktu malam. 
Cantik.
Tapi . . . betul ke ini?


Okay takpa. Aku cuba. Biar aku naik untuk aku rasa sendiri.

Aku buka pintu dan aku masuk. Dalam ruang sempit ini aku.
Sempit
Kecil
Tapi aku okay sebab aku seorang je dalam ini
Dengan perlahan-perlahan kubikel ini mula bergerak dengan sendiri
Kiri kanan aku hanya cermin kaca

Roda mula berpusing
Aku bergerak, menuju ke atas

Tiba-tiba
*Deng*

Bunyi apa tu? Kenapa roda besar ini berhenti?
Aku mula resah dan sedikit panik
Nafas aku tarik dan hembus
aku ulang beberapa kali

Sekarang
Hidup aku. . .macam sebuah roda ferris ini.
Ia berhenti tiba-tiba
Di tempat paling atas
Tinggi pula tu

Yes, ladies and gentlemen. . . I'm stuck! 

Kalau ikutkan diri, aku takut.
asalnya aku bukan takut sebab aku seorang diri tapi aku takut pada ketinggian.

"Bila nak gerak balik ini?"
"What is happening?"
"Lama lagi ke aku diatas ni?"
Banyak soalan aku lontar pada diri ini
Sebenanya dari aku masuk pintu sampai roda ini berhenti, aku hanya pejamkan mata.

dan kubikel ini masih bergoyang. . . terayun perlahan. . .terasa lama, 
aku jadi sampai tak  mampu untuk bersabar
letih menunggu

Maybe for once, I should enjoy this ride
or maybe it's time for me to open my eyes
I should try. . . even I'm scared,
I won't lose anything right? 

Cuba
aku buka mata

Cantik
cantik sangat-sangat. Subhanallah
Pemandangan ini terlalu cantik
Hati aku berdebar, bukan sebab takut tetapi aku kagum
Dari atas aku boleh nampak
Ada banyak lampu-lampu yang menerangi bandar ini
lampu jalan, lampu rumah, lampu bagunan, lampu dari gerai kecil
Aku boleh nampak tasik, shopping mall, masjid dan malah tangki air rumah aku sendiri
Jari aku melekap pada cermin kaca
Aku kira berapa banyak biji lampu dari satu sampai tidak terkira
Aku lukis jalan untuk aku balik rumah, macam betul macam bukan
Aku dibuai leka 

*Zernnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn*
 
Kubikel aku bergerak kembali. Perlahan. . .

Tiba-tiba hati aku sayu. . . dan sebak
aku diundang sedih
aku rasa aku mahu terus diatas walaupun dari tadi hati aku menjerit mahu turun dan bertanya sampai bila aku akan stuck diatas ni
susah aku ungkap 
aku biarkan air mata yang mengalir berbicara.

5...4...3...2...1...
aku dah sampai
sudah selamat jejak di tanah.
aku buka pintu dan melangkah keluar

aku jalan dan sekali lagi aku toleh kebelakang

Terasa satu-satu doa aku dimakbulkan
penantian ini hampir berakhir
lambat.
aku sendiri mahu hampir putus asa
tetapi Dia sudah beri lebih dari ITU.







alhamdulilah



,u12





Monday, January 2, 2023

untitled

What is yours will find you, eventually. . .

happy new year
twenty-twenty-three

setahun,
tiga ratus enam puluh lima hari berlalu
terasa cepat ia pergi
seperti air yang deras
angin yang kencang
terik panas mentari
kini berganti dengan hujan yang jatuh ke bumi

begitu juga diri ini
hanya seorang hamba
masih mencari, meniti
kemana hidup mahu dibawa
aku pergi
aku turutkan, aku langkahkan kaki

sakit tersungkur kerana kasih dan benci
aku belajar
aku lepaskan genggam ini
perlahan
seperti tali layang-layang
dia mahu terbang tinggi
mencari diri disebalik tinggi awan
darat bukan tempatnya
tanah bukan asalnya 

Tuhan kata jangan
aku masih mahu
kau tetap bukan milik aku
aku dah tahu

inilah sakit dan pahit
bukan hanya pada secawan kopi
atau kerana sakit lubang gigi
walau aku cuba tahan dan telan
aku masih seorang anak perempuan




selamat tahun baru
dua ribu dua tiga
hai!




,u12


0032

I believe every honesty, sacrifice, and responsibility exists in the form of true love. Yes, I do believe true love exists because of my parents.


My father is precisely a definition of the green flag male's lead in all romance books I read, and my mother is one of the women I admire in my life. She's my role model. She pushes me to be better just because I am her only daughter (?), and I'm so thankful for that <3


Happy Anniversary parents! yang ke-30


Semoga UmiAbah dipanjangkan umur lagi untuk tengok kami berjaya and dapat jalani kehidupan bersara macam yang umiabah nak








p/s: abah dah bersara bulan 12 ni (2022)



,u12
(edited)