What is yours will find you, eventually. . .
happy new year
twenty-twenty-three
setahun,
tiga ratus enam puluh lima hari berlalu
terasa cepat ia pergi
seperti air yang deras
angin yang kencang
terik panas mentari
kini berganti dengan hujan yang jatuh ke bumi
begitu juga diri ini
hanya seorang hamba
masih mencari, meniti
kemana hidup mahu dibawa
aku pergi
aku turutkan, aku langkahkan kaki
sakit tersungkur kerana kasih dan benci
aku belajar
aku lepaskan genggam ini
perlahan
seperti tali layang-layang
dia mahu terbang tinggi
mencari diri disebalik tinggi awan
darat bukan tempatnya
tanah bukan asalnya
Tuhan kata jangan
aku masih mahu
kau tetap bukan milik aku
aku dah tahu
inilah sakit dan pahit
bukan hanya pada secawan kopi
atau kerana sakit lubang gigi
walau aku cuba tahan dan telan
aku masih seorang anak perempuan
selamat tahun baru
dua ribu dua tiga
hai!
,u12
No comments:
Post a Comment