Monday, November 14, 2022

selamat kembali ke negeri abadi

senyuman dia,
itu yang buat aku tertarik untuk mengenali beliau.
gigi yang cantik tersusun rapi
disebalik bibir yang mungil merah jambu

sekali lagi
apabila aku mendengar suara gelak manjanya
aku bagai terpukau
aku seperti sudah dipanah oleh bidadari

lalu, dari salam aku beri
kata kata manis aku sua
aku tidak pernah berharap sapaan ini akan disambut
setiap dari itu
setiap titik perbualan disahut berkali kali
bagai ketukan pintu yang bertalu talu
begitu mudah hati aku dicuri

cukup 
cukup sampai itu aku ceritakan luarannya
kerana itu sahaja yang aku tahu
dan begitu juga kamu semua

dia handal 
setiap segi seluruh sisi 
dari dunia maya menerobos ke realiti
satu kehidupan
dia bina satu tingkap kaca yang nipis
diluarnya berkilau dan didalamnya garis calar
semoga Tuhan dan dia saja yang tahu

selamat kembali
hari khamis malam jumaat
orang kata hari itu telah merupakan hari terbaik apabila seseorang itu telah pergi

ke negeri abadi
kau menuju ke pencipta yang satu,
tempat asal cinta
dan tempat asal kita iaitu tanah

bidadariku
terima kasih diatas pengenalan yang singkat
dari salamku yang kau sudi sambut
hingga setiap dari satu yang telah berhenti
hati yang telah dicuri turut terbang sendiri

berehatlah
dunia ini terlalu mengecewakan dan memenatkan untuk kamu.... (dan kami semua)
moga kita jumpa lagi



Selamat Hari Lahir, selamat kembali ke negeri abadi❤️



innalilahhiwaiiailaihirojiun...
Al-Fatihah NSSZ (alin)


,pipas