Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, December 11, 2024

ini rahsia Tuhan...

ini rahsia Tuhan
tertulis masa depan

my rahsia Tuhan would be...

masa PKP terpaksa study online sendiri dibantu oleh beberapa orang kawan yang sudi. masa habis belajar tu terpinga-pinga nak buat apa. nak kerja, tapi tengah duduk dengan parents so taknak risikokan dorang. jadi aku tolong umi kat rumah cari data sambil-sambil tu buat kerja rumah dan sebagainya. dalam masa yang sama tengok kawan-kawan yang lain semua dah "bergerak"

tahun selepas tu decide nak sambung belajar untuk jadi pendidik. walaupun dalam diri ni tak berkenan dengan budak-budak. takpa kita apply. apply dpli uum dan master uitm. dapat offer master uitm. another depressing phase I guess...

ada orang pernah cakap journey master ni sangat lonely. haah. sangat sangat sangat lonely. nak give up? hari-hari. nak self-sabotage diri sendiri? hari-hari. selalu doa cakap dalam hati "ya Allah bagi la apa-apa petanda atau petunjuk untuk aku quit". tapi teruskan juga sebab parents sangat supportive in terms of umi bayarkan master's fee dan abah bagi semangat dengan mutiara kata. ada juga seorang dua kawan yang bantu kerja-kerja lab dan ajak keluar rumah ambil angin.

semester 2 dapat offer interview spp untuk jawatan gred N19. pergi. terima je. walaupun the interviewee kata aku overqualified. keluar bagunan spp tu senyum je. sebulan sebelum hantar viva dapat surat tawaran untuk lapor diri. lega. rasa macam satu-satu doa terjawab. sebab pernah doa kata Allah juga "ya Allah, kau bagilah aku apa-apa kerja janji dapat cuti sabtu ahad dan dekat dengan rumah parents"

pada hari lapor diri, malam sebelum tu berdebar. tidur pun tidur-tidur ayam. tak nyenyak. bila dapat tahu sekolah mana terus buka maps dan check. alhamdulilah 24km dari rumah. bangun dan keluar dewan terus jumpa parents. takda sesi tukar-tukar surat ke apa. for me this is enough. apa lagi yang kau nak?

now here I am. nak masuk 2 tahun kerja dan already pursued my dpli from oum. semoga ada rezeki menjadi pendidik for real. along the way to get here, banyak doa-doa kecil yang talah termakbul dan banyak fokus pada diri sendiri. mungkin lepas ni nak bahagiakan diri sendiri dengan buka hati untuk si empunya tulang rusuk.

Allah Maha Baik
Dia tak bagi apa yang kita mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlu. 
trust His timing and His plan. reda...reda..reda..
carilah hikmah dalam setiap perkara yang terjadi, inshallah itulah yang terbaik




,u12

Monday, January 2, 2023

0032

I believe every honesty, sacrifice, and responsibility exists in the form of true love. Yes, I do believe true love exists because of my parents.


My father is precisely a definition of the green flag male's lead in all romance books I read, and my mother is one of the women I admire in my life. She's my role model. She pushes me to be better just because I am her only daughter (?), and I'm so thankful for that <3


Happy Anniversary parents! yang ke-30


Semoga UmiAbah dipanjangkan umur lagi untuk tengok kami berjaya and dapat jalani kehidupan bersara macam yang umiabah nak








p/s: abah dah bersara bulan 12 ni (2022)



,u12
(edited)

Monday, November 14, 2022

selamat kembali ke negeri abadi

senyuman dia,
itu yang buat aku tertarik untuk mengenali beliau.
gigi yang cantik tersusun rapi
disebalik bibir yang mungil merah jambu

sekali lagi
apabila aku mendengar suara gelak manjanya
aku bagai terpukau
aku seperti sudah dipanah oleh bidadari

lalu, dari salam aku beri
kata kata manis aku sua
aku tidak pernah berharap sapaan ini akan disambut
setiap dari itu
setiap titik perbualan disahut berkali kali
bagai ketukan pintu yang bertalu talu
begitu mudah hati aku dicuri

cukup 
cukup sampai itu aku ceritakan luarannya
kerana itu sahaja yang aku tahu
dan begitu juga kamu semua

dia handal 
setiap segi seluruh sisi 
dari dunia maya menerobos ke realiti
satu kehidupan
dia bina satu tingkap kaca yang nipis
diluarnya berkilau dan didalamnya garis calar
semoga Tuhan dan dia saja yang tahu

selamat kembali
hari khamis malam jumaat
orang kata hari itu telah merupakan hari terbaik apabila seseorang itu telah pergi

ke negeri abadi
kau menuju ke pencipta yang satu,
tempat asal cinta
dan tempat asal kita iaitu tanah

bidadariku
terima kasih diatas pengenalan yang singkat
dari salamku yang kau sudi sambut
hingga setiap dari satu yang telah berhenti
hati yang telah dicuri turut terbang sendiri

berehatlah
dunia ini terlalu mengecewakan dan memenatkan untuk kamu.... (dan kami semua)
moga kita jumpa lagi



Selamat Hari Lahir, selamat kembali ke negeri abadi❤️



innalilahhiwaiiailaihirojiun...
Al-Fatihah NSSZ (alin)


,pipas




Tuesday, March 31, 2020

sister

23/1/2018
I wait for the right time to write this and....here we go...T.T

Last week, Selasa unofficiall nya aku tamat last paper for semester 5 Diploma. and the feeling....Wei takyah cerita. Sedih. tapi takmau tunjuk. Esoknya (Rabu), hosmet rancang nak gi Seoul Garden makan makan for the last time (inshallah not...) malangnya, ayah kita dah decide untuk kita balik Rabu tu jugak and dia sanggup ambil cuti for meeeee. HAIH. so that night was the last night I had fun with them. actually sem ni kita final 3 paper je pastu gap ada yang sampai 9 hari lamanya but for them, dorang ada 3 4 paper, even kita balik nipun dorang still ada lagi 1 2 paper. OK.

Maka, Sabtu before tu kami makan makan di Kfc. YAYYY. Gerak petang and balik kolej malam sebab naik bas gopi so like dah bayar pergi balik kena la balik naik bas tu jugak. So the last night when I'm with them, kami dok tukar tukar barang. And I gave my favourite book to the person who got my name. And I received perfumeI guess this is my first ever perfume.

Sebabnya kita tak suka perfume and sometimes ada perfume yang bau dia tersangatlah kuat.(nak2 girls perfume) Therefore kita lagi prefer cologne or body mist. Even kalau pergi mana mana pun tak pun nak wangi wangi, just lebih suka bergantung pada sabun yang stay kat baju (im so weird). Tapi  kan kalau haritu tengah ada mood, event or presentation yang buat kita kena jumpa orang ke apa pakai la cologne takpun body mist but suprisingly Kak Amy punya perfume cam best je sebab kita boleh terima. Bau dia......ermmm remind me for someone and tak 'ketat' and tak meleret leret sangat. Kekeke.

Malam tu dah cakap dah "jangan nangis nis jangan meleleh plisss" Memang taknak nangis pun, Alhamdulilah tak pun HAHAHÀ. Tapi murung sikit 2 3 minggu ni sebab benda nila. Berpisah dengan kolej, housemates and so many things. This place taught me so many things. Heartbreak and so on CEHHH. Anyway, thankyou everyone. thankyou thankyou thankyou. I never thought I could stay strong and change myself towards better, be open minded and learned new things...so many things.. :').

edited,u12

*************************************************************************

6/2/2018

Beberapa minggu yang lalu. Akhirnya kita berjaya menduduki peperiksaan akhir untuk semester 5.
Rata rata semester 5, semester akhir. Tapi kita dan rakan rakan satu course yang lain ada Latihan Industri (praktikal bahasa kampongnya). Penyarah kata, semua subjek selesai baru boleh praktikal. Makanya, keputusan keluar minggu depan. Doa doakan lah kita ini dekan (angan angan) ((update: tak dekan tapi alhamdulilah gpa naik :'))) dan berjaya lulus semua subjek dengan jayanya.

Tempat untuk praktikal dah lah dekat. Kali ni kalau orang tengok pun orang akan cakap kita  akan berkepit dengan keluarga. Tempat kerja dengan rumah kalau naik kereta 5 minit sudah sampai (siapa yang suka berdesup tu) ((update: dah tukar tempat praktikal, dalam 15 minit sampai kalau jalan tak jam)). Saja pilih tempat dekat HEHEHE sebab ayah kata kenapa nak jauh jauhduit rumah sewa, duit minyak kereta, makan semua tu...(lainlah kalau kita ini anak tunggal keee)Member pun nak praktikal satu tempat sekali. Walaupun kesian kat dia la, kena ulang alik 20 minit (kita tak paksa eh dia yang nak).

Bila fikir fikir balik. HAIH dah nak habis dah belajar. Walaupun orang cakap Diploma jee. JE!. Tapi kita pun struggle jugak eh. Ada hari kita macam zombi. muka sembab, mata sembab. Takda duit. Makan nasi bajet. Tak cukup makan. Makanan anjung dah habis. Tak cukup tidur. Terkejar kejar jumpa lecturer. Test semua. Kita pun struggle nak balace relationship dengan familyfriends, diri sendiri.

Tak tahulah kat mana yang JE je tu Diploma. Mungkin sebab orang tengok kita 3 tahun, Lama. Tapi ada hari, tengok kawan sendiri nangis, jatuh bangun sama sama. Kita pun rasa apa yang student lain rasa okayyyy.

edited,u12