Thursday, April 2, 2020

searching

perempuan itu
dia selalu tidak tahu apa yang dia sendiri mahu
kadang hati dia menjerit teriak
dan kadang dia bisu terdiam sejenak

ada masa dia duduk ditepi longkang
sepuntung rokok di celah tangan kanan
dihirup hembus tinggal separuh
lagi separuh dibiarkan mati perlahan

pukul 2 pagi dia masih berjalan
sesekali dia mendongak ke atas awan
dia suka bulan
dia suka malam

gelap membuatkan dia jadi faham
mengingatkan pada dia masa silam
tubir mata dia mula panas
dan nafas dihela perlahan

suatu hari dia disuruh keluar
beg baju dilempar
berteraburan di atas tanah
sejak itu nasib hidup dia berubah



,u12 (2.19a.m)