Thursday, March 26, 2020

2%

Tuhan....
walau sedang aku tersasar
aku masih mahu pulang ke landasan yang benar

ketika hati ini keras dan beku
aku masih mahu terus bersujud kepadaMu

ketuklah hatiku berkali kali
ingatkan aku bahawa ini semua duniawi

kecewa dan putus asa
hadirkan ia untuk seketika


kerana  Tuhan
aku masih lagi mahu
terus berharap dan
berteduh dibawah rahmatmu









,Dewan Resital Panca Sakti






yang buruk itu semuanya dari saya, yang baik itu datang dari Tuhan dan ibu bapa

No comments: