Wednesday, December 11, 2024

ini rahsia Tuhan...

ini rahsia Tuhan
tertulis masa depan

my rahsia Tuhan would be...

masa PKP terpaksa study online sendiri dibantu oleh beberapa orang kawan yang sudi. masa habis belajar tu terpinga-pinga nak buat apa. nak kerja, tapi tengah duduk dengan parents so taknak risikokan dorang. jadi aku tolong umi kat rumah cari data sambil-sambil tu buat kerja rumah dan sebagainya. dalam masa yang sama tengok kawan-kawan yang lain semua dah "bergerak"

tahun selepas tu decide nak sambung belajar untuk jadi pendidik. walaupun dalam diri ni tak berkenan dengan budak-budak. takpa kita apply. apply dpli uum dan master uitm. dapat offer master uitm. another depressing phase I guess...

ada orang pernah cakap journey master ni sangat lonely. haah. sangat sangat sangat lonely. nak give up? hari-hari. nak self-sabotage diri sendiri? hari-hari. selalu doa cakap dalam hati "ya Allah bagi la apa-apa petanda atau petunjuk untuk aku quit". tapi teruskan juga sebab parents sangat supportive in terms of umi bayarkan master's fee dan abah bagi semangat dengan mutiara kata. ada juga seorang dua kawan yang bantu kerja-kerja lab dan ajak keluar rumah ambil angin.

semester 2 dapat offer interview spp untuk jawatan gred N19. pergi. terima je. walaupun the interviewee kata aku overqualified. keluar bagunan spp tu senyum je. sebulan sebelum hantar viva dapat surat tawaran untuk lapor diri. lega. rasa macam satu-satu doa terjawab. sebab pernah doa kata Allah juga "ya Allah, kau bagilah aku apa-apa kerja janji dapat cuti sabtu ahad dan dekat dengan rumah parents"

pada hari lapor diri, malam sebelum tu berdebar. tidur pun tidur-tidur ayam. tak nyenyak. bila dapat tahu sekolah mana terus buka maps dan check. alhamdulilah 24km dari rumah. bangun dan keluar dewan terus jumpa parents. takda sesi tukar-tukar surat ke apa. for me this is enough. apa lagi yang kau nak?

now here I am. nak masuk 2 tahun kerja dan already pursued my dpli from oum. semoga ada rezeki menjadi pendidik for real. along the way to get here, banyak doa-doa kecil yang talah termakbul dan banyak fokus pada diri sendiri. mungkin lepas ni nak bahagiakan diri sendiri dengan buka hati untuk si empunya tulang rusuk.

Allah Maha Baik
Dia tak bagi apa yang kita mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlu. 
trust His timing and His plan. reda...reda..reda..
carilah hikmah dalam setiap perkara yang terjadi, inshallah itulah yang terbaik




,u12